Kyiv jadi muzium terbuka pamer aset tentera Russia musnah, rosak

Kyiv jadi muzium terbuka pamer aset tentera Russia musnah, rosak

ORANG ramai melihat aset ketenteraan Russia yang musnah di jalan Khreshchatyk di Kyiv. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Puluhan kereta kebal dan kenderaan tentera Russia yang musnah dalam operasi ketenteraan khas Moscow di Ukraine, dipamerkan di sekitar jalanan di pusat bandar Kyiv.

Malah, kawasan pusat bandar itu kelihatan seperti muzium terbuka dengan menampilkan barisan kereta kebal yang terbakar dan ditawan, ketika pencerobohan Russia ke atas Ukraine terus berlangsung.

Lapor Daily Mail, penduduk tempatan mengunjungi kawasan jalan Khreshchatyk untuk menyaksikan puluhan kenderaan tentera yang diletakkan di tengah jalan.

Gambar tular yang memaparkan sejumlah besar senjata berkarat merupakan petunjuk baharu kegagalan Russia menawan Kyiv.

Ia berlaku ketika Britain mempersendakan ‘prestasi buruk’ pasukan tentera Russia berikutan data menunjukkan lebih 44,000 tentera Kremlin terbunuh dan kira-kira 1,800 kereta kebal musnah.

Menurut laporan risikan harian Kementerian Pertahanan, Moscow kehilangan sejumlah besar kereta kebal tempur kerana tidak dilengkapi dengan teknologi perisai reaktif bahan letupan atau ERA.

“ERA mengurangkan keberkesanan peluru yang dilancarkan sebelum terkena tangki.

“Ini menunjukkan tentera Russia gagal mengubah budaya penggunaan ERA lemah yang sudah bermula sejak Perang Chechen Pertama pada tahun 1994.

“Malah, kemungkinan besar ramai kru kereta kebal Russia tidak memperoleh latihan mencukupi untuk mengekalkan ERA sehingga menjurus kepada sama ada pemasangan komponen letupan yang kurang baik atau dihentikan sepenuhnya,” jelas laporan itu.

Data dari blog tentera, Oryx yang menjejaki kerugian Russia sejak permulaan konflik di Ukraine pula melaporkan lebih 5,000 kenderaan tentera Moscow sama ada dimusnahkan, dirosakkan atau dirampas.

Jumlah itu merangkumi lebih 3,000 kereta kebal milik tentera Russia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya