LONDON: Sepasang suami isteri dengan jarak umur 40 tahun mengaku usia tidak menjadi penghalang bagi mereka mendirikan rumah tangga bahagia seperti pasangan lain.
Lapor Daily Mail, Edna Martin, 87, dan Simon Martin, 47, dari Weston-Super-Mare, Somerset meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17, baru-baru ini.
Berkongsi kisah cinta pasangan itu, Edna dan Simon bertemu ketika masing-masing berusia 68 dan 28 tahun di sebuah konsert.
Sejak itu, mereka terus jatuh cinta pandang pertama dan tidak dapat menjauhkan diri antara satu sama lain.
Menurut pasangan itu, mereka berasa syukur perkahwinan mereka kini menginjak hampir dua dekad.
Katanya, perkahwinan mereka kekal bahagia kerana sentiasa mesra dan sama-sama melakukan perkara baharu setiap hari.
Jelasnya, hubungan mereka bertahan begitu lama sehingga pasangan itu tidak lagi dipandang pelik atau dikritik dalam kalangan komuniti setempat mereka.
“Kami masih keluar bersama-sama dan memegang tangan semasa bergerak dengan kerusi roda kami.
“Kami sebenarnya mahu memberi inspirasi kepada individu lain seperti kami untuk mengambil langkah seterusnya dengan berkahwin.
“Rakan dan kenalan sentiasa mendoakan terbaik untuk kami. Selepas berkahwin, kami saling melengkapi dan sering membantu antara satu sama lain dan kini kami bahagia,” jelas mereka.