Israel 'diserang' wabak cacar monyet, lebih 200 kes jangkitan - Utusan Malaysia

Israel ‘diserang’ wabak cacar monyet, lebih 200 kes jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel merekodkan sebanyak 208 kes cacar monyet setakat ini, dengan 11 kes baharu dilaporkan dalam tempoh empat hari lalu, menurut Kementerian Kesihatan Israel semalam.

Sehingga kini, lebih 2,000 orang yang berisiko sudah menerima dua dos suntikan vaksin, menurut kementerian itu, lapor agensi berita Xinhua.

Israel pada akhir Julai lalu mengumumkan program vaksinasi untuk golongan berisiko, dengan penghantaran 5,600 dos vaksin dihasilkan oleh firma Denmark Bavarian Nordic, manakala 4,400 dos lagi dijangka tiba pada September.

Kementerian menambah kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan kriteria penerima vaksin bagi memanfaatkan penggunaan semua dos serta membeli dos tambahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya