Internet berkelajuan tinggi dipasang di Gunung Kilimanjaro

Internet berkelajuan tinggi dipasang di Gunung Kilimanjaro

PEMANDANGAN Gunung Kilimanjaro yang dilitupi salji dengan gajah dan burung kelihatan di Tanzania.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DODOMA: Perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang dipasang di lereng gunung Kilimanjaro membolehkan pendaki yang mempunyai telefon pintar membuat ciapan dalam Twitter, hantaran di Instagram atau WhatsApp ketika mendaki gunung tertinggi di Afrika itu.

Selasa lalu, Perbadanan Telekomunikasi Tanzania milik kerajaan menubuhkan rangkaian jalur lebar pada ketinggian 3,720 meter.

Acara itu disifatkan sebagai satu sejarah oleh Menteri Penerangan, Nape Nnauye.

“Sebelum ini, ia agak berbahaya bagi pendaki yang terpaksa beroperasi tanpa internet.

“Semua pendaki akan dapat berhubung sehingga titik gunung ini,” kata Nnauye di kem Horombo sebelum perjalanan ke puncak.

Beliau berkata puncak gunung setinggi 5,895 meter itu akan mempunyai sambungan internet menjelang akhir tahun ini.

Langkah itu adalah contoh terkini usaha meningkatkan keterhubungan di kawasan yang menempatkan haiwan paling liar di dunia.

Kemajuan besar dalam peranti komunikasi membolehkan pendaki, pelayar dan peneroka kutub mendapat akses mengenai ramalan cuaca terkini dan keupayaan untuk memanggil penyelamat sekiranya berlaku kecemasan.

Kilimanjaro adalah sumber penting pendapatan pelancongan di Tanzania dan negara jiran, Kenya dengan kira-kira 35,000 orang mendaki puncak gunung itu setiap tahun.

Panggilan telefon mudah alih kali pertama dibuat dari puncak Everest pada 2007, melalui tiang telefon China.

Rangkaian telefon mudah alih berkembang ke tempat yang lebih terpencil seperti peranti komunikasi satelit bersaiz poket kecil, Garmin’s inReach Mini yang membolehkan penjejakan, kedudukan dan keupayaan menghantar serta menerima mesej.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya