ISLAMABAD: Hujan lebat yang melanda seluruh Pakistan sejak 14 Jun lalu, mengakibatkan 820 orang maut dan 1,315 yang lain cedera.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana memaklumkan mangsa yang maut termasuk 304 kanak-kanak dan 178 wanita yang kebanyakannya tinggal di kawasan paling terjejas teruk.
Dilaporkan, wilayah barat daya Balochistan kekal sebagai kawasan paling terjejas teruk dengan 225 terkorban, manakala, 95 yang lain cedera.
“Jalan raya sepanjang 2,886 kilometer, 129 jambatan dan 50 kedai musnah dihanyutkan banjir kilat.
“Sebanyak 504,321 haiwan ternakan juga dilaporkan mati di seluruh negara,” katanya.-AGENSI