Hina Nabi: Ahli Parlimen parti pemerintah India ditahan - Utusan Malaysia

Hina Nabi: Ahli Parlimen parti pemerintah India ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Polis di India menahan seorang ahli Parlimen dari parti pemerintah kerajaan Parti Bharatiya Janata (BJP) kerana didakwa mengalakkan permusuhan atas nama agama di negara itu.

Lapor Al Jazeera, T Raja Singh ditahan selepas kumpulan Islam menuntut penangkapannya berikutan mengeluarkan komen mengenai Nabi Muhammad SAW.

Pegawai kanan polis di Hyderabad, Joel Davis berkata, Raja Singh didakwa atas tuduhan mengalakkan permusuhan atas nama agama.

“Ia mengenai video dimuat naik oleh ahli Parlimen itu baru-baru,” katanya.

Rakaman media menunjukkan ratusan penduduk Islam di India mengadakan protes membantah kenyataan ahli Parlimen dari Telangana itu selepas video itu tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, Raja Singh membuat kenyataan menyinggung perasaan umat Islam dengan rujukan jelas kepada Nabi Muhammad.

Kenyataan berbentuk penghinaan itu serupa dengan yang dibuat oleh jurucakap BJP, Nupur Sharma pada awal tahun ini.

Penahanan Raja Singh dibuat beberapa bulan selepas BJP menggantung keahlian Sharma disebabkan kenyataannya terhadap Nabi Muhammad yang membawa kepada ketegangan diplomatik terhadap India.

Sementara itu, BJP menggantung keahlian Raja Singh kerana melanggar kod tata etika parti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya