BENI: Lebih 800 banduan melarikan diri selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah penjara di timur Republik Demokratik Congo.
Menurut sumber, dua anggota polis terbunuh dalam kejadian itu.
Jurucakap tentera, Kapten Antony Mualushayi berkata, kumpulan lelaki bersenjata menyerang penjara pusat Kakwangura di pekan Mutembo, wilayah Beni, semalam.
Katanya, jumlah korban awal membabitkan kematian dua anggota polis selain seorang penyerang juga dilaporkan meninggal dunia.
Jelas beliau, kumpulan Mai-Mai didakwa melakukan serangan di penjara itu. – AFP