Didakwa salah guna dadah, warga emas maut dipukul polis ketika solat

Didakwa salah guna dadah, warga emas maut dipukul polis ketika solat

KERANDA yang membawa jenazah Sarijan dimasukkan ke dalam ambulans untuk dikebumikan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANJAR: Seorang lelaki warga emas maut selepas dipukul beramai-ramai oleh pasukan polis dalam satu kejadian di Banjar, Kalimantan Selatan.

Tribunnews melaporkan, mangsa dikenali sebagai Sarijan berusia 60 tahun.

Kes bermula selepas sekumpulan polis menyerbu rumah mangsa yang didakwa menyalahgunakan dadah.

Polis mulanya melepaskan tembakan amaran di luar rumah mangsa sebelum menyerbu masuk ke rumahnya, sebelum memukul warga emas itu.

Menurut isteri mangsa, ketika kejadian, suaminya sedang menunaikan solat.

“Tiba-tiba sahaja polis menyerbu rumah kami dan terus memukul suami saya yang ketika itu sedang solat.

“Sudah tentu suami saya tidak mampu melawan apabila dipukul beramai-ramai dan saya juga hanya mampu melihat insiden itu dengan tangisan,” katanya.

Selepas dipukul, warga emas itu dibawa ke hospital, namun doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Dalam pada itu, peguam mangsa menegaskan Sarijan tidak bersalah dan bersih daripada najis dadah.

Selain itu, hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap jenazah mangsa mendapati dia meninggal dunia akibat dipukul dengan objek tumpul.

Sementara itu, jurucakap polis Kalimantan Selatan, M Rifai menyatakan, seramai enam anggota polis sudah ditahan berhubung kes berkenaan dan siasatan akan dilakukan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya