PANAMA: Calon Presiden Panama memuat naik isyarat kecemasan antarabangsa (SOS) yang penuh dramatik dalam media sosial selepas helikopter yang dinaikinya terhempas dalam hutan.
Lapor BBC, Dimitri Flores memuat naik video di lokasi kejadian selepas helikopter tersebut terbabit kemalangan di kawasan pergunungan, barat Panama.
Difahamkan, helikopter itu membawa enam penumpang termasuk Flores.
Katanya, beberapa penumpang lain dilaporkan turut mengalami kecederaan.
“Helikopter terhempas. Namun, kami bersyukur sebab masih hidup walaupun ada yang patah kaki dan tangan,” katanya.
Bagaimanapun, Flores tidak menjelaskan punca sebenar kemalangan tersebut.
Flores adalah seorang peguam yang merupakan antara calon merebut jawatan Presiden bagi Pilihan Raya 2024.