Banjir jejas setengah juta penduduk Nigeria tahun ini - Utusan Malaysia

Banjir jejas setengah juta penduduk Nigeria tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOLA: Hampir setengah juta penduduk Nigeria terjejas akibat banjir yang melanda negara itu sejak awal tahun ini, kata Presiden Muhammadu Buhari.

Menurut beliau, sebanyak 23 negeri yang mempunyai paling ramai penduduk terkesan dengan banjir bermusim, terutamanya negeri timur laut teruk terjejas pada tahun ini.

Sebelum ini, beliau memberitahu pasukan perkhidmatan kecemasan sedang mengagihkan bantuan dan pihaknya turut menerima maklumat terkini mengenai banjir susulan hujan lebat yang menjejaskan lebih 500,000 rakyat Nigeria sejak Januari lalu.

“Bencana buruk itu mengakibatkan 73,379 penduduk kehilangan tempat tinggal, lebih 100 orang terkorban dan kira-kira 270 lagi cedera,” katanya dalam kenyataan.

Di Maiduguri, ibu kota wilayah timur laut Negeri Borno, penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik turut terjejas apabila ladang dan rumah mereka musnah dalam banjir.

Menurut penduduk bernama Auwal Abale, kawasan mereka tidak pernah dilanda banjir besar sepanjang 20 tahun lalu.

“Namun, pada tahun ini, bencana buruk ini sudah memusnahkan ladang, rumah malah meragut nyawa sebahagian penduduk kami.

“Kami juga menemukan mayat terapung di atas permukaan air banjir,” katanya.

Banjir merupakan kejadian biasa di kebanyakan wilayah di Nigeria semasa musim hujan yang berlaku dari Mei hingga September.

Sedekad lalu, Nigeria dilanda banjir besar di kebanyakan wilayahnya sehingga menyebabkan ratusan orang terkorban dan lebih dua juta kehilangan tempat tinggal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya