KYIV: Amerika Syarikat menyalurkan bantuan persenjataan ke Ukraine berjumlah AS$775 juta (RM3.1 bilion), lapor BBC.
Pakej itu termasuk Peluru Berpandu Anti Sinaran Berkelajuan Tinggi (HARM) bagi menyerang sistem radar peluru berpandu permukaan ke udara Russia, serta kemudahan radar amaran awal.
Peluru berpandu itu akan disepadukan ke dalam pesawat Ukraine sedia ada, Mig-29s, yang bukan satu tugas mudah kerana dibina Russia dengan ssitem avionik yang sangat berbeza berbanding jet Barat.
Keupayaan anti-perisai yang dilancarkan di darat juga mendapat rangsangan Kyiv.
Buat pertama kalinya, sebanyak 1,500 peluru berpandu TOW akan dibekalkan.
Pentagon juga komited kepada aliran peluru berpandukan ketepatan yang stabil bagi Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS).
Sehingga kini, berterbaran khabar angin yang mendakwa operasi tentera Ukraine berjaya meletupkan beberapa pangkalan tentera yang diduduki Rusia di Crimea.-BBC