CALIFORNIA: Aktres Amber Heard didakwa enggan menerima pampasan cerai berjumlah AS$16 juta (RM71.2 juta) dari bekas suaminya, Johnny Depp.
Dokumen yang didedahkan juga menunjukkan aktres itu tidak mengendahkan ‘garis panduan’ yang ditetapkan oleh pasukan peguamnya supaya ‘tidak terus mencari pasal dengan Depp’.
Heard diminta membayar saman berjumlah AS$8.3 juta (RM36.9 juta) kepada Depp selepas dia didapati bersalah kerana memfitnah, namun memaklumkan kepada hakim bahawa dia tidak mempunyai yang mencukupi untuk melangsaikan hutang tersebut.
Ramai yang beranggapan Heard boleh menyelesaikan saman itu jika dia menerima pampasan cerai yang diberikan Depp sebelum ini, namun kedegilan pelakon wanita itu akhirnya makan diri.
Kini, Heard dalam perancangan untuk menjual kediamannya di Lembah Yucca di California pada harga AS$1.05 juta (RM4.67 juta).
Pelakon itu dilaporkan membeli kediaman tersebut pada 2019.
Heard sehingga kini mempertahankan tindakannya adalah wajar dan keputusan mahkamah tidak adil.
Malah, pelakon itu turut mencabar untuk kes berkenaan dibicarakan semula dengan mendakwa mempunyai pelbagai bukti lain yang menunjukkan Depp melakukan kekerasan padanya.