30 maut ketika solat Maghrib di Masjid Kabul

30 maut ketika solat Maghrib di Masjid Kabul

GAMBAR HIASAN-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sebuah masjid di Kabul meletup ketika solat Maghrib sedang didirikan sehingga mengorbankan 30 jemaah dan 40 yang lain cedera.

Saksi mengatakan letupan itu dilancarkan oleh seorang pengebom berani mati.

Mangsa yang maut termasuk ustaz terkenal, Amir Mohammad Kabali.

Sebelum ini, Taliban menjelaskan mereka mempunyai kawalan penuh ke atas Afghanistan, tetapi kumpulan Daesh terus melancarkan serangan ke atas orang awam dan polis di seluruh negara.

Sehingga kini, belum ada mana-mana kumpulan penyerang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya