10,000 pelancong batalkan lawatan ke Taman Komodo

10,000 pelancong batalkan lawatan ke Taman Komodo

KOMODO di Taman Nasional Komodo, Indonesia, dikenali sebagai cicak terbesar di dunia dan boleh mencecah berat 70 kilogram.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAUMERE: Seramai 10,000 pelancong mengambil keputusan membatalkan lawatan ke Taman Nasional Komodo susulan kenaikan harga tiket sebanyak 3.75 juta rupiah (RM1,122).

Lapor Tribunnews, jumlah kedatangan pelancong ke Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur (NTT) sudah dijadualkan sehingga tiga bulan akan datang.

Data tersebut disampaikan oleh Ketua Himpunan Pelancong Indonesia, bagi wilayah NTT, Agus Bataona.

Jelasnya, pembatalan lawatan sepatutnya menjadi pertimbangan serius dari pihak kerajaan agar mengkaji semula kenaikan harga tiket.

Bahkan katanya, tindakan tersebut hanya menyebabkan ketegangan sosial sehingga berlaku tunjuk perasaan dan mogok kerja.

“Kemuncak tunjuk perasaan berlaku sejak Isnin lalu iaitu mogok sambil melakukan kegiatan memungut sampah.

“Sejak awal saya sudah meminta pihak kerajaan berdialog dan berbahas kenaikan tiket bersama seluruh pengurus pelancong. Namun, permohonan itu tidak pernah dihargai apatah lagi diterima,” katanya.

Menurut Agus, mengurus sesebuah destinasi pelancongan yang mempunyai tarikan semula jadi dan budayanya perlu konkrit demi meningkatkan kebajikan masyarakat setempat, mengekalkan kelestarian dan dilaksanakan secara harmoni.

Bagaimanapun, beliau menilai senario yang dijalankan oleh kerajaan wilayah NTT akan memonopoli perniagaan dan penyamaran dalam aspek pemuliharaan.

Impaknya, jelas Agus, akan berlaku rampasan hak daripada pengurus pelancongan yang sah.

Oleh itu, beliau berharap wakil rakyat sama ada di peringkat pusat dan wilayah bertemu menteri berkaitan dan Gabenor NTT membincangkan masalah itu.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN