Wanita Sulawesi dilamar jejaka Arab dengan mas kahwin RM450,000

Wanita Sulawesi dilamar jejaka Arab dengan mas kahwin RM450,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENDARI: Seorang doktor wanita berasal dari Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara dilamar oleh jejaka dari Arab Saudi dengan mas kahwin bernilai 1.52 bilion rupiah (RM450,000).

Lapor Tribunnews, kisah pasangan yang bakal bernikah Disember tahun ini menjadi tular dalam media sosial selepas pihak keluarga lelaki merisik bakal pengantin perempuan di rumah keluarganya.

Bapa pengantin perempuan, Samsu berkata, anaknya berkenalan dengan lelaki itu semasa mengikuti pengajian di Fakulti Perubatan Universiti Perubatan Medical di Beijing, China.

“Dr. Ahmad Tariq Said Ahmed Ali adalah senior kepada anak saya di sebuah kampus ternama di China.

“Mereka berkenalan selama lebih empat tahun dan anak saya asalnya ragu-ragu terhadap masa depan hubungan mereka kerana dia belajar di luar negara.

“Anak saya mula yakin dengan hubungan cinta mereka selepas melihat kesungguhan Dr. Ahmed untuk mengahwininya,” katanya.

Majlis pernikahan akan diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Desa Montaha, Kecamatan Angata.

Dr. Ahmed yang berasal dari Jeddah perlu menguruskan proses pendaftaran pernikahan di Kedutaan Besar di Jakarta.

Malah, keluarga pihak lelaki juga perlu menguruskan visa semasa majlis pernikahan nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya