Ukraine sedia eksport bijirin RM44 bilion

Ukraine sedia eksport bijirin RM44 bilion

PEKERJA memproses bijirin di Melitopol, wilayah Zaporizhzhia, semasa tindakan ketenteraan Russia yang masih berterusan di Ukraine.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine mempunyai kira-kira AS$10 bilion (RM44 bilion) bijirin yang tersedia untuk dijual susulan pejranjian yang ditandatangani dengan Russia bagi membuka sekatan bekalan dan berpeluang menjual hasil tuaian semasa. 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, jumlah tersebut melibatkan kira-kira 20 juta tan hasil bijirin tahun lalu yang akan dieksport.  

Jelasnya, perkembangan itu menunjukkan Ukraine masih cekal ketika peperangan masih berlaku. 

“Perjanjian itu diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Turki. Ini adalah peluang bagi mencegah malapetaka makanan global yang boleh menyebabkan huru-hara di banyak negara. 

“Mungkin terdapat beberapa provokasi di pihak Russia yang merupakan percubaan untuk memburukkan usaha Ukraine dan antarabangsa. Namun, kami tetap mempercayai PBB,” katanya lapor Reuters.  

Jumaat lalu, Russia dan Ukraine menandatangani perjanjian penting bagi membuka semula laluan pelabuhan Laut Hitam Ukraine untuk eksport bijirin sekali gus meningkatkan harapan krisis makanan antarabangsa dapat dikurangkan akibat operasi ketenteraan khas Russia. 

AS pula mahu Russia bertanggungjawab melaksanakan perjanjian itu serta menyeru China mengeksport bijirin yang boleh digunakan bagi keperluan kemanusiaan global.

Ketua Pejabat Penyelarasan Sekatan, Jabatan Negara AS, James O’Brien berkata, AS mahu melihat China membantu memerangi krisis makanan global. 

“Kami ingin melihat China bertindak sebagai sebuah kuasa besar dengan menyediakan lebih banyak bijirin kepada penduduk miskin di seluruh dunia. 

“China telah menjadi pembeli bijirin yang sangat aktif dan mempunyai stok bekalan sangat banyak ketika ratusan juta penduduk memasuki fasa bencana ketidakjaminan makanan,” jelasnya.   

Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield berkata, Washington berharap perjanjian itu akan membantu mengurangkan krisis yang dicetuskan oleh Russia. 

“Kami akan memerhati dengan teliti bagi memastikan Russia benar-benar mematuhinya,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya