Tapak kaki dinosaur 100 juta tahun ditemukan di China - Utusan Malaysia

Tapak kaki dinosaur 100 juta tahun ditemukan di China

KESAN tapak kaki dinosaur Sauropod ditemukan di Leshan, wilayah Sichuan, China. - LIDA XING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Beberapa kesan tapak kaki dinosaur yang dipercayai berusia 100 juta tahun, ditemukan di luar laman sebuah restoran di barat daya China.

Lapor CNN, fosil terbabit ditemukan oleh seorang penduduk ketika sedang menjamu selera di restoran di Leshan, wilayah Sichuan.

Menurut ahli Paleontologi, Prof. Madya Lida Xing, beberapa lubang batu yang ditemukan di restoran tersebut mengandungi kesan tapak kaki dua spesies Sauropod.

Katanya, spesies dinosaur itu dipercayai hidup ketika awal zaman Cretaceous. 

Pakar dari Universiti Geosains China memaklumkan pasukan penyelidiknya mengesahkan penemuan itu dengan menggunakan pengimbas 3D.

Dinosaur Sauropod adalah sejenis reptilia berkaki empat dalam kategori herbivor yang memakan tumbuh-tumbuhan.

Sauropod yang mempunyai leher dan ekor yang panjang, dikenali sebagai haiwan terbesar hidup di muka bumi.

Sementara itu, Xing berkata, dua Sauropod yang meninggalkan kesan tapak kaki itu mungkin memiliki tubuh besar berukuran kira-kira lapan meter panjang.

“Sangat jarang menemukan fosil di sekitar bandar kerana semuanya dilitupi bangunan.

“Kami juga menyasarkan untuk melawat beberapa tapak penemuan berpotensi dalam tempoh 48 jam selepas menerima laporan kerana bimbang ia mungkin terjejas akibat kerja pembinaan,” katanya.    

Sebelum ini, lokasi restoran itu merupakan ladang ayam dan kesan tapak kaki dinosaur terbabit ditemukan tertimbus dalam tanah dan pasir.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya