Suhu meningkat, glasier mencair punca runtuhan di Alps

Suhu meningkat, glasier mencair punca runtuhan di Alps

PEMANDANGAN gunung Marmolada dan glasier berdekatan Punta Rocca, Itali.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Sebahagian glasier di kawasan pergunungan Marmolada setinggi lebih 3,300 meter di Dolomit bahagian timur Alps, Itali runtuh susulan peningkatan suhu sehingga mencecah 10 darjah Celcius.

Akibatnya, sekurang-kurangnya enam pendaki maut manakala lapan yang lain cedera akibat tragedi berkenaan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, operasi menyelamat giat dijalankan berikutan runtuhan yang berlaku.

Jelasnya, kemungkinan jumlah individu yang mengalami kecederaan atau kematian lebih besar daripada yang dijangkakan.

Dua individu yang cedera dibawa ke hospital berdekatan di bandar Belluno, lima mangsa ke Trento dan seorang di Treviso.

Bagaimanapun, jumlah pendaki sebenar belum diketahui lagi yang turut melibatkan warga asing.

Pensyarah Sains di Universiti Roma Tre, Prof. Massimo Frezzotti berkata, runtuhan berpunca akibat cuaca tidak menentu selepas pemanasan global dengan hujan turun 40-50 peratus semasa musim sejuk.

“Keadaan semasa glasier sepadan dengan pertengahan Ogos, bukan awal Julai,” katanya.

Rakaman imej menunjukkan salji dan batu meluncur menuruni lereng gunung berhampiran tempat perlindungan.

Helikopter kelihatan membawa mangsa keluar ke perkampungan Canzaei dan tugas mereka menjadi lebih mencabar apabila mayat terperangkap di bawah lapisan ais dan batu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya