Seattle bakal ditenggelami tsunami dalam tempoh tiga minit

Seattle bakal ditenggelami tsunami dalam tempoh tiga minit

BANDAR raya Seattle berisiko dilanda gempa bumi sekuat 7.5 Richter yang boleh mencetuskan tsunami besar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEATTLE: Bandar raya ini berisiko untuk dibadai tsunami setinggi 12.8 meter dalam tempoh tiga minit selepas gempa bumi sekuat 7.5 skala Richter menggegarkan Seattle.

Kumpulan pengkaji dari Jabatan Sumber Asli Negeri Washington mendapati bandar raya ini yang menempatkan 740,000 penduduk akan melihat sebahagian besar pusat bandarnya berada di bawah air apabila bencana alam itu berlaku.

Jelas mereka, tsunami yang berlaku akan menenggelam sejumlah mercu tanda di Seattle termasuk Seattle Great Wheel, Stadium Lumen Field dan gelanggang besbol T-Mobile Park.

Datuk Bandar Seattle, Bruce Harrell berkata, andaian risiko itu secara tidak langsung membolehkan pihak berkuasa di bandar raya ini merancang langkah keselamatan berkesan apabila bencana berlaku.

“Misi utama kami adalah memastikan penduduk selamat dan kajian seperti ini boleh dijadikan garis panduan apa yang perlu dilakukan apabila bencana besar berlaku.

“Kami akan terus memastikan semua jabatan di Seattle bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan, selain mengukuhkan infrastruktur,” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Kali terakhir bandar raya ini dilanda gempa bumi adalah pada 1,100 tahun yang lalu.

Dalam pada itu, pihak berkuasa menasihatkan supaya penduduk di bandar raya ini tidak mengambil mudah dengan risiko yang diramalkan kerana bencana besar boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Biarpun risiko untuk berlaku bencana besar di Seattle adalah rendah, namun kita tidak boleh mengambil mudah perkara seperti itu.

“Keadaan tanah yang bergegar mungkin menjadi petanda bahawa bandar raya ini bakal dilanda gempa bumi kuat yang mencetuskan tsunami,” kata Penyelia Jabatan Pengurusan Kecemasan Washington, Maximilian Dixon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya