BEIJING: Spesies ular baharu mempunyai racun yang sangat kuat sehingga berpotensi menyebabkan manusia lumpuh ditemukan di China.
Gloydius lateralis ditemukan di Lembah Zharu di rizab semula jadi negara Jiuzhaigou yang merupakan tapak warisan dunia di wilayah Sichuan, China.
Reptilia itu memakan mamalia kecil seperti tikus dan aktif pada waktu siang di kawasan lembah yang panas dan kering.
Spesies ini mempunyai badan yang kecil sekitar 18 inci, mata besar berwarna hijau atau coklat serta empat baris tompok coklat gelap berjalur di badannya.
Ditanya ular itu memberi ancaman kepada manusia atau tidak, Dr. Shengchao Shi menjelaskan semua jenis Gloydius berpotensi besar adalah beracun.
“Saya tidak fikir gigitannya ringan kerana boleh menyebabkan kesakitan dan kecacatan fizikal apabila tidak dirawat tepat pada masanya.
“Bisanya mengandungi racun yang boleh menyebabkan bengkak, namun, kebiasaannya tidak menyebabkan maut.
“Kesan racun spesies ini juga masih memerlukan kajian lanjut,” katanya.
Pakar mengklasifikasikan Gloydius sama seperti spesis ular tedung lain.
Selepas menjalankan analisis morfologi dan filogenetik, saintis mendapati spesies ini sebenarnya tergolong dalam ular yang belum diperincikan lagi sifatnya.
Seorang lagi saintis yang menyumbang kajian itu, Dr. Jingsong Shi berkata, ular itu serupa dengan spesies Gloydius swild dengan memiliki beberapa perbezaan utama.
“Ia mempunyai mata lebih besar dengan jalur coklat biasa pada bahagian badan. Kami menamakannya sempena corak warna unik yang terdapat di badannya,” katanya.-AGENSI