Rajapaksa pulang ke Sri Lanka 1 Ogos?

Rajapaksa pulang ke Sri Lanka 1 Ogos?

PENUNJUK perasaan merobohkan pagar halangan yang dipasang polis dalam protes di Colombo pada 28 Mei lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Mahkamah Agung Sri Lanka mengeluarkan notis kepada bekas presiden negara ini, Gotabaya Rajapaksa untuk tampil di mahkamah pada 1 Ogos ini berhubung petisyen yang mengaitkan beliau dengan krisis ekonomi negara ini.

Menurut pegawai mahkamah, notis itu dikeluarkan pada Rabu lalu berhubung satu petisyen yang difailkan terhadap ahli politik dan penjawat awam dengan mendakwa mereka bertanggungjawab terhadap krisis ekonomi yang berlaku.

Seorang daripada koresponden itu adalah Rajapaksa yang melarikan diri dari Sri Lanka pada awal bulan ini berikutan gesaan rakyat supaya beliau meletak jawatan.

Rajapaksa kini berada di Singapura dan dibenarkan tinggal di republik itu selama 14 hari lagi sehingga 11 Ogos ini.

Beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya dari Singapura dan jawatannya kini diganti oleh bekas Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe yang dilantik pada minggu lalu.

Krisis ekonomi yang berlaku di Sri Lanka ketika ini menyaksikan kos hidup terus meningkat disebabkan oleh inflasi dan kekangan penukaran mata wang asing.

Dalam pada itu, protes di negara ini dilaporkan semakin reda, namun pihak berkuasa tidak menolak tunjuk perasaan besar-besaran boleh berlaku pada bila-bila masa, terutamanya apabila Rajapaksa kembali ke Sri Lanka.

“Saya dimaklumkan, Rajapaksa akan kembali ke negara ini.

“Jika beliau kembali, pihak berkuasa akan mengambil semua pendekatan bagi memastikan keselamatannya kerana sudah pasti tunjuk besar-besaran akan berlaku,” kata Menteri Media, Bandula Gunawardena.

Beliau turut menafikan Rajapaksa bersembunyi di Singapura.

“Beliau masuk ke republik itu menggunakan visa sama seperti orang lain,” tegasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya