Putera Mahkota Saudi perlu tanggungjawab kematian Khashoggi

Putera Mahkota Saudi perlu bertanggungjawab kematian Khashoggi

PUTERA Mohammed Salman (kanan) berbincang dengan Joe Biden di Istana Al-Salam, Jeddah.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman perlu bertanggungjawab terhadap isu pembunuhan kolumnis The Washington Post, Jamal Khashoggi, pada 2018. 

Isu hak asasi manusia itu dibangkitkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ketika mengadakan pertemuan empat mata di Riyadh. 

Biden tetap mengadakan pertemuan tersebut walaupun sebelum ini melabelkan Riyadh sebagai ‘paria’ susulan pembunuhan wartawan Arab Saudi tersebut. 

“Isu pembunuhan Khashoggi merupakan agenda paling utama dalam mesyuarat. Saya terangkan secara jelas apa yang saya fikir masa itu dan apa yang difikirkan sekarang.

“Saya berterus terang dan membincangkannya secara langsung dengan pandangan yang jelas. 

Sebagai seorang Presiden AS, saya tidak akan berdiam diri dengan isu hak asasi manusia,” katanya. 

Sebelum ini, perisikan AS mendedahkan Putera Mohammed meluluskan operasi menangkap atau membunuh Khashoggi kerana begitu lantang mengkritik pemimpin sendiri. 

Khashoggi dibunuh dan mayatnya dikerat ke beberapa bahagian oleh ejen Saudi di dalam Konsulat Kerajaan di Istanbul, empat tahun lalu.  

Biden menegaskan nasib yang melanda Khashoggi adalah sangat melampau.  

“Beliau (Putera Mohammed) pada dasarnya mengatakan tidak bertanggungjawab secara peribadi berhubung insiden kematian itu. 

“Sedangkan, saya fikir beliau adalah dalang sebenarnya,” katanya. 

Kunjungan Biden merupakan sebahagian daripada acara dalam rangka lawatan tiga hari ke negara itu. 

Pertemuan itu bakal membentuk kerjasama di Asia Barat serta sebahagian reformasi Riyadh dan melonjakkan kembali hubungan keselamatan dengan AS. 

Pertemuan itu juga dianggap satu kelebihan buat Putera Mohammed yang cuba memulihkan imejnya dan menarik pelaburan asing.

Biden turut membincangkan isu sumber tenaga dan menjangka untuk melihat tindakan dari Arab Saudi selaku pengeluar minyak utama dalam beberapa minggu akan datang.

“Kami mengadakan perbincangan yang baik untuk memastikan keselamatan tenaga global dan bekalan minyak mencukupi untuk menyokong pertumbuhan ekonomi global.

“Saya melakukan segala usaha yang mampu untuk meningkatkan bekalan ke AS,” jelasnya.-REUTERS  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya