Protes anti-PBB di Congo: 15 maut termasuk 3 anggota pengaman - Utusan Malaysia

Protes anti-PBB di Congo: 15 maut termasuk 3 anggota pengaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMA: Tiga anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sekurang-kurangnya 12 penunjuk perasaan terbunuh dalam protes anti-PBB yang semakin meningkat di timur Republik Demokratik Congo.

Ketua polis Butembo Kolonel Paul Ngoma berkata, tiga anggota pengaman yang maut membabitkan dua warga India dan seorang dari Maghribi, manakala seorang lagi cedera.

Katanya, tujuh penunjuk perasaan juga terbunuh dan beberapa lagi mengalami kecederaan dalam protes tersebut.

Kemarahan memuncak didorong dengan persepsi MONUSCO, misi PBB di Congo, gagal melakukan secukupnya untuk menghentikan serangan kumpulan bersenjata.

Isnin lalu, orang ramai menyerbu ibu pejabat MONUSCO dan pangkalan bekalan di Goma, ibu kota wilayah Kivu utara serta protes merebak sehingga ke Beni dan Butembo di utara negara itu.

Sementara itu, MONUSCO memaklumkan seorang anggota dan dua pegawai tentera yang berkhidmat dengan PBB terbunuh dalam serangan ke atas pangkalan agensi itu di Butembo.

Katanya, seorang lagi anggota pengaman turut mengalami cedera parah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya