Presiden AS ucap selamat menyambut Aidiladha kepada umat Islam - Utusan Malaysia

Presiden AS ucap selamat menyambut Aidiladha kepada umat Islam

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan isteri, Jill Biden mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada umat Islam seluruh dunia.

“Saya dan Jill mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada umat Islam di seluruh Amerika Syarikat dan seluruh dunia,” kata Biden dalam satu kenyataan.

“Tradisi Aidiladha dan ibadah haji yang memperingati pengabdian Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail kepada Allah SWT adalah peluang bagi umat Islam untuk memperbaharui iman mereka, dan peringatan mengenai agama Islam.

“Tindakan berkongsi pengorbanan dengan mengagihkan daging korban kepada mereka yang kurang bernasib baik mencerminkan komitmen kami untuk bekerjasama bagi menghadapi cabaran di dunia hari ini,” katanya.

Biden turut memuji orang Islam di negara ini kerana memimpin di barisan hadapan untuk membantu mereka yang menderita kelaparan dan konflik di AS, lapor agensi berita Anadolu.

“Kepada semua yang menunaikan ibadah haji supaya mendapat haji yang mabrur,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya