Polis Thailand digesa banteras penjualan ganja di tempat awam - Utusan Malaysia

Polis Thailand digesa banteras penjualan ganja di tempat awam

PENIAGA tempatan menunjukkan tanaman ganja sempena meraikan kebenaran yang diberikan oleh pihak kerajaan di wilayah Nakhon Pathom.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menggesa pihak polis menguatkuasakan undang-undang terhadap penjual ganja dalam usaha mengekang penyalahgunaan bahan itu di tempat awam termasuk sekolah.

Menurut laporan Bangkok Post, beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, menyatakan kebimbangannya sejak negara itu mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik pada 9 Jun lalu.

Langkah itu sebenarnya hanya untuk kepentingan industri perubatan, namun tumbuhan itu kini banyak disalah guna bagi tujuan rekreasi.

Tindakan kerajaan memberi lampu hijau bagi pemprosesan ganja untuk tujuan perubatan dan penanaman di rumah bagi kumpulan yang berdaftar juga disalah faham, apabila ramai menyangka penggunaan ganja kini boleh dilakukan secara bebas.

Sesetengah pihak didapati menjual ganja dalam rokok gulung secara terbuka di tempat awam, sedangkan pada masa yang sama terdapat larangan bahawa ia tidak boleh dijual beli atau dihisap di tempat awam, kata Anutin.

Pada masa sama, majoriti rakyat Thailand yang mengikuti satu kaji selidik menyatakan kebimbangan mereka mengenai kesan ganja dikeluarkan dari senarai narkotik.

Satu kaji selidik dijalankan oleh Universiti Suan Dusit Rajabhat, Bangkok pada 20 hingga 23 Jun melibatkan 2,390 orang dari seluruh negara.

Kaji selidik dalam talian itu dibuat untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai laporan berita berhubung kesan buruk penggunaan ganja secara rekreasi selepas ia dikeluarkan dari senarai narkotik pada 9 Jun lalu.

Ditanya sama ada mereka bimbang pada laporan itu, 70.63 peratus menjawab ‘ya’ dengan 37.78 peratus ‘agak bimbang’ dan 32.85 peratus ‘sangat bimbang’ selain hanya 16.27 peratus menjawab ‘sedikit bimbang’ manakala 13.10 peratus ‘tidak bimbang langsung’.

Apabila ditanya mengenai kebaikan dan keburukan ganja dikeluarkan dari senarai narkotik, 52.76 peratus berkata akan ada lebih keburukan dari kebaikan; 30,17 peratus berkata kedua-duanya seimbang; dan 17.07 peratus berkata lebih kebaikan berbanding keburukan.

Dalam soalan pilihan jawapan berbilang, mengenai kebaikannya, 74.96 peratus berkata ganja boleh digunakan untuk tujuan perubatan; 46.46 peratus menjawab tumbuhan itu memberi nilai ekonomi tambahan; manakala 45.38 peratus berkata ia boleh mengurangkan kos sesetengah rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya