Pesawat terhempas ketika era Perang Dunia Kedua, dikenal pasti - Utusan Malaysia

Pesawat terhempas ketika era Perang Dunia Kedua, dikenal pasti

PAKAR menemukan bangkai pesawat pada 2016 namun mengambil masa enam tahun untuk mengaitkan dengan tragedi Baltimore AG699. - SOPRINTENDENZA DEL MARE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekumpulan pakar mendakwa sebuah pesawat yang terhempas di Laut Mediterranean 80 tahun lalu ketika Perang Dunia Kedua, merupakan pesawat pengebom milik Tentera Udara Diraja (RAF) yang jarang ditemui.

Pesawat itu yang menjunam kira-kira 500 meter dari Pulau Linosa, Itali pada Jun 1942, dikenal pasti sebagai pengebom Martin Baltimore.

Memetik laporan Daily Mail, pesawat pengebom buatan Amerika Syarikat (AS) itu dikendalikan oleh RAF.

Pesawat itu membawa empat anggota tentera membabitkan dua dari RAF dan seorang daripada Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) serta Tentera Udara Diraja Kanada (RCAF) ketika terhempas di lautan.

Bangkai pesawat yang ditemukan pada 2016 disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai `nilai sejarah dan simbolik yang hebat’.

Malah, pihak berkuasa mendakwa tiada pesawat Martin Baltimore lain dari era Perang Dunia Kedua yang masih dalam keadaan terpelihara dengan baik.

Meskipun para pakar mengetahui anak kapal dan lokasi terakhir pesawat namun sehingga identiti bangkai disahkan, mereka tidak dapat mengumpulkan maklumat berkenaan.

Penemuan berkenaan berdasarkan rekod peperangan, kajian mengenai bangkai pesawat dan saksi termasuk seorang penduduk tempatan yang mendakwa melihat pesawat terhempas semasa melakukan operasi pengawasan 80 tahun lalu.

Pengumuman itu dibuat oleh Agensi Pengawasan Warisan Budaya dan Alam Sekitar dan Soprintendenza del Mare.

“Identiti bangkai pesawat yang tenggelam di hadapan Fanalio Linosa akhirnya dapat dikenal pasti.

“Sehingga kini, tiada laporan bangkai pesawat dari era Perang Dunia Kedua yang terpelihara dengan baik di Laut Sicily,” jelas agensi itu dalam kenyataan.

Pesawat pengebom itu berlepas pada 15 Jun 1942 dari Lapangan Terbang Luqa di Malta untuk melakukan pengawasan di sekitar kawasan perairan di pulau Pantelleria.

Namun, pesawat itu menjunam dari Pulau Linosa dipercayai akibat ditembak atau mungkin mengalami kerosakan enjin.

Dilaporkan, pesawat pengebom RAF itu kini berada kira-kira 85 meter di bawah permukaan air di luar Pulau Linosa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya