Pesawat C919 buatan China bakal saingi Boeing, Airbus

Pesawat C919 buatan China bakal saingi Boeing, Airbus

PESAWAT C919 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai pada 17 Disember 2017. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pesawat C919 dilaporkan semakin hampir mendapat pensijilan ketika jet buatan China itu sudah melengkapi semua tugas ujian penerbangannya.

Pesawat berbadan kecil itu dibangunkan negara itu untuk bersaing dengan syarikat pengeluar pesawat seperti Airbus dan Boeing Co.

Pengilang milik China, Commercial Aircraft Corp of China (COMAC) menerusi akaun media sosial memaklumkan enam pesawat ujian sudah melengkapkan tugas ujian ketika program itu memasuki peringkat akhir untuk menerima sijil daripada Pentadbiran Penerbangan Awam China.

Pensijilan itu amat diperlukan bagi operasi penerbangan komersial.

Ia juga akan menandakan peristiwa penting dalam matlamat China untuk meningkatkan rantaian bekalan pembuatan.

Pesawat C919 direka bentuk untuk bersaing dengan kapal terbang Boeing 737 MAX dan Airbus 320neo.

Program pesawat C919 berdepan pelbagai isu teknikal dan kawalan eksport Amerika Syarikat (AS) yang lebih ketat, selepas dilancarkan pada 2008.

Pelanggan pelancaran merupakan syarikat penerbangan China Eastern Airlines, yang menempah lima pesawat C919 pada Mac tahun lalu.

Pada 8 Julai lalu, Changjiang Daily melaporkan syarikat penerbangan itu dijadualkan untuk melakukan penghantaran pertama pada Ogos.

Dipasang di China, pesawat itu bergantung pada alat komponen negara Barat termasuk enjin dan avionik. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya