Pencemaran mikroplastik di lautan, udara dan badan manusia

Pencemaran mikroplastik di lautan, udara dan badan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Manusia mengotori permukaan bumi ini dengan serpihan sisa plastik kecil di merata-rata tempat.

Malah, mikroplastik juga ditemukan dalam badan manusia dengan implikasi yang tidak dapat dipastikan.

Jutaan tan plastik dihasilkan setiap tahun, sebahagian besar daripada bahan api fosil, memasuki alam sekitar dan terurai menjadi bahagian yang semakin kecil.

Penyelidik di Makmal Mikrob Oseanografi di Perancis, Jean-Francois Ghiglione berkata, kini semakin banyak kajian saintifik mengesan mikroplastik dalam beberapa organ manusia.

Katanya, penemuan itu termasuk di paru-paru, limpa, buah pinggang dan juga plasenta.

“Sukar dibayangkan 10 tahun lalu terdapat banyak serpihan mikroplastik kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ditemukan di merata-rata tempat.

“Malah, kami tidak dapat membayangkan mikroplastik juga ditemukan dalam badan manusia,” katanya.

Seorang penyelidik dari Sekolah Perubatan Hull di United Kingdom (UK), Laura Sadofsky berkata, pihaknya sedar kewujudan mikroplastik di udara dan di merata-rata tempat.

Pasukan penyelidiknya turut menemukan polipropilena dan mikroplastik jenis PET dalam tisu paru-paru serta mengesan gentian daripada fabrik sintetik.

“Agak mengejutkan untuk mengetahui sejauh mana ia memasuki paru- paru dan saiz zarah itu,” katanya.

Pada Mac lalu, satu lagi kajian melaporkan penemuan kesan PET dalam darah.

Beberapa saintis menganggap masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan terhadap sampel darah yang diperoleh daripada sekumpulan kecil sukarelawan.

Namun, terdapat kebimbangan sekiranya mikroplastik ditemukan dalam saluran darah maka ia boleh merebak ke semua organ.

BERNAFAS UDARA TERCEMAR

Pada tahun lalu, sekumpulan penyelidik menemukan mikroplastik dalam tisu plasenta ibu dan janin.

Pasukan penyelidik juga menyuarakan kebimbangan terhadap risiko yang bakal berlaku pada janin.

Namun, kebimbangan itu tidak sama dengan risiko yang telah terbukti.

“Jika anda tanya saintis sama ada terdapat kesan negatif, dia mungkin kata tidak tahu.

“Ia berpotensi menjadi masalah besar namun kami tidak mempunyai bukti saintifik untuk mengesahkan secara positif kesannya, jika ada,” kata profesor di Jabatan Ekologi Akuatik dan Kualiti Air di Universiti Wageningen, Bart Koelmans.

Satu lagi hipotesis menunjukkan mikroplastik boleh menjadi punca sindrom tertentu yang melemahkan kesihatan manusia.

Walaupun saintis baru-baru ini menemukan kehadiran mikroplastik dalam badan manusia.

Namun, kemungkinan ramai terdedah dengan makan, minum dan bernafas di udara tercemar plastik selama beberapa tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya