Musim kemarau di Asia Tenggara sudah bermula - Utusan Malaysia

Musim kemarau di Asia Tenggara sudah bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara, termasuk Singapura, Brunei, Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand sudahpun bermula, menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC).

Musim kemarau dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya dan berkemungkinan berlanjutan hingga Oktober 2022.

“Fenomena cuaca La Niña di Lautan Pasifik khatulistiwa diramalkan akan terus melemah, dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun ini,” menurut ASMC dalam satu kenyataan.

Sementara itu, fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD), dijangka membawa hujan lebat ke wilayah ini antara Julai dan Oktober 2022.

Namun, ASMC memberi amaran masih terdapat risiko kebakaran dan jerebu ketika cuaca kering dan panas yang berpanjangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Oleh itu, ASMC menggesa rantau ini untuk terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan.

ASMC juga menjangkakan keadaan jerebu tahun ini tidak seburuk seperti 2015 dan 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya