Meteor lintasi ruang udara New Zealand, cetuskan sinaran terang - Utusan Malaysia

Meteor lintasi ruang udara New Zealand, cetuskan sinaran terang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Sebuah meteor ‘berapi’ melintasi ruang udara ibu negara New Zealand, menghasilkan sinaran terang termasuk bunyi letupan, kata puluhan penduduk yang menyaksikan kejadian itu hari ini.

Pusat ramalan cuaca, MetService menerusi hantaran di Twitter berkata, radarnya mengesan jejak asap meteor terbabit.

Agensi geologi tempatan, GeoNet pula percaya mesin seismometernya mengenalpasti bunyi gelombang sekitar jam 1.50 petang (waktu tempatan).

Menurut seorang saksi, Mike Cousin yang ketika itu bekerja berhampiran Wellington melihat biliknya diterangi dengan sinaran berwarna biru-jingga.

“Saya lari keluar dan melihat jejaknya dan kemudian terdengar bunyi deram-derum perlahan, sama seperti permulaan gempa bumi,” katanya kepada Reuters.

Seorang Ahli Astronomi di Balai Cerap Mount John Universiti Canterbury, Alan Gilmore, menjelaskan meteor terang yang melalui ruang atmosfera sangat laju adalah kejadian yang jarang berlaku di kawasan bandar.

“Sinarannya sangat terang dan ia mesti sebuah objek yang agak besar,” kata Gilmore.

Tambahnya, letupan yang kedengaran dihasilkan meteor berkenaan menunjukkan ia datang dalam jarak 60 kilometer dari Bumi.

Berikutan kejadian itu, tiada laporan mengenai terdapat meteor menghentam kawasan daratan atau lautan serta tidak ada penemuan serpihan daripada objek berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya