Lelaki hilang empat hari, akhirnya ditemukan dalam perut buaya - Utusan Malaysia

Lelaki hilang empat hari, akhirnya ditemukan dalam perut buaya

MAYAT Baharuddin ditemukan di dalam perut buaya selepas dibaham haiwan itu ketika menyeberangi sungai di Nunukan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUNUKAN: Kehilangan seorang lelaki berusia 29 tahun selama empat hari akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemukan dalam dalam perut buaya selepas dibaham haiwan itu dalam satu kejadian.

Jurucakap pihak berkuasa, Dede Hariana berkata, polis melakukan pencarian sejak Khamis lalu selepas keluarganya membuat laporan mengenai kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Baharuddin.

“Penduduk setempat percaya mangsa mungkin dibaham buaya dan menerusi umpan yang dipasang, kami berjaya menangkap buaya berkenaan.

“Kami membelah perut haiwan itu dan menemukan mayat Baharuddin. Jenazah lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan serta-merta.

Terdahulu, mangsa disyaki dibaham buaya akibat terjatuh ke dalam sungai ketika melalui jambatan untuk menyeberangi sungai di Nunukan, Kalimantan Utara.

Selepas beberapa hari tidak pulang ke rumah, keluarga mangsa menzahirkan kebimbangan dan membuat laporan polis serta memaklumkan kepada penduduk setempat.

Siasatan awal mendapati ada kesan jatuh dari jambatan tersebut, sekali gus menguatkan telahan pendudukan kampung bahawa mangsa berkemungkinan dibaham buaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya