Lebih 500 maut akibat gelombang haba di Sepanyol - Utusan Malaysia

Lebih 500 maut akibat gelombang haba di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Perdana Menteri, Pedro Sanchez memaklumkan lebih 500 orang maut akibat gelombang haba yang melanda Sepanyol sejak 10 hari lalu.

Insiden itu berlaku ketika Eropah dilanda gelombang haba ekstrem yang boleh memecahkan rekod suhu paling panas di seluruh benua.

Sanchez memetik angka kes kematian yang dikeluarkan oleh Institut Kesihatan Carlos III.

Institut itu menganggarkan jumlah kematian akibat gelombang haba pada kali ini lebih tinggi berbanding bilangan tahun sebelumnnya.

Bagaimanapun, institut itu menegaskan jumlah itu hanya merupakan anggaran statistik dan bukan rekod kematian rasmi.

“Berdasarkan statistik, lebih 500 orang meninggal dunia disebabkan suhu panas melampau ketika gelombang haba ini.

“Justeru, saya meminta rakyat supaya berhati-hati,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di kawasan terjejas di Ateca, berhampiran Zaragoza.

Beliau turut menyatakan perubahan iklim yang berlaku ketika ini adalah amat serius.

Sepanyol dilanda gelombang haba yang menjejaskan sebahagian besar Eropah Barat sehingga menyebabkan suhu mencecah 45 darjah celsius di beberapa wilayah dan mencetuskan puluhan kebakaran hutan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya