Lagi lelaki kulit hitam maut ditembak polis di Ohio

Lagi lelaki kulit hitam maut ditembak polis di Ohio

ohio
JAYLAND WALKER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKRON: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun dan berarak di Akron, Ohio semalam selepas pendedahan rakaman video yang menunjukkan anggota polis menembak mati seorang lelaki kulit hitam secara bertubi-tubi.

Peserta protes membawa kain rentang dan melaungkan slogan ‘Keadilan untuk Jayland’.

Slogan itu merujuk kepada Jayland Walker, 25, yang terbunuh pada minggu lalu selepas anggota polis cuba menghentikan kenderaannya kerana didakwa melakukan kesalahan trafik.

Pelbagai pihak menyifatkan tindakan polis menembak Jayland sebagai pembunuhan yang jelas dan menyasarkan golongan kulit hitam.

Presiden Kebangsaan untuk Kemajuan Golongan Bukan Kulit Putih (NAACP), Derrick Johnson berkata, insiden yang berlaku terhadap Walker tidak menimpa orang kulit putih di negara ini.

Tunjuk perasaan itu berlangsung buat hari keempat berturut-turut melibatkan pelbagai pihak.

Polis yang berkawal di lokasi protes mengingatkan para peserta supaya tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mencetuskan kekecohan atau rusuhan.

Namun, peringatan itu tidak diendahkan apabila segelintir penunjuk perasaan membakar tong sampah dan memecahkan tingkap jentera polis.

Situasi itu menyebabkan polis antirusuhan melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan bagi meredakan keadaan.

Menerusi rakaman video yang diperoleh daripada kamera badan, polis mengejar Walker selepas lelaki itu enggan menghentikan kenderaannya.

Selain itu, polis juga memaklumkan Walker yang melepaskan tembakan terlebih dahulu sebelum lelaki itu menghentikan kenderaan dan dipercayai ditembak polis selepas keluar dari keretanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN