NEW DELHI: Angka kematian akibat tanah runtuh minggu yang berlaku di Manipur, timur laut India pada minggu lalu kini mencecah 42 orang ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kelima.
Menurut pihak berkuasa di daerah Noney, 20 orang masih hilang dalam tanah runtuh yang menjejaskan kem pembinaan landasan kereta api Tupul.
“Operasi menyelamat masih diteruskan. Pada hari pertama, 18 orang mangsa yang masih hidup diselamatkan.
“Ketika ini, harapan untuk menemukan mangsa yang masih hidup semakin tipis,” kata pegawai kanan pentadbiran Solomon Fimate kepada Agensi Anadolu.
Pegawai itu turut memaklumkan, proses pengecaman mayat juga semakin sukar berikutan keadaan mayat yang mereput.
Antara mangsa yang terkorban termasuk anggota tentera yang ditugaskan untuk mengawal pembinaan landasan kereta api tersebut.