Jemaah haji dibenarkan bawa pulang air zamzam - Utusan Malaysia

Jemaah haji dibenarkan bawa pulang air zamzam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah kini membenarkan jemaah haji yang mahu pulang ke negara mereka, untuk membawa air zamzam ketika menaiki pesawat.

Memetik laporan Saudi Gazette, pihak pengurusan lapangan terbang memaklumkan jemaah haji hanya dibenarkan membeli botol air zamzam 5 liter melalui salah satu pusat jualan di premis lapangan terbang.

Pengurusan lapangan terbang menjelaskan pihaknya sudah memperuntukkan laluan berasingan untuk penumpang membawa air zamzam.

Katanya, jemaah tidak dibenarkan membawa air zamzam menerusi bagasi daftar masuk.

“Pada fasa berikutnya, pihak pengurusan lapangan terbang sedang bersiap sedia menyiarkan mesej kesedaran dan pendidikan menerusi semua platform media supaya dapat disebarkan dalam kalangan jemaah di lokasi penginapan mereka di Mekah,” jelasnya.

Tambahnya, mereka juga akan menerbitkan maklumat menerusi akhbar, platform media sosial, mesej teks mengenai penghantaran bagasi.

“Pihak kami juga akan menyiarkan maklumat penting berkaitan beberapa perkara dan mesej kesedaran mengenai penghantaran air zamzam.

“Kami juga akan menterjemah kandungan dan mesej kesedaran untuk memastikan maklumat tersebut sampai kepada semua jemaah haji yang datang dari pelbagai negara,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya