Iran kawal pemilikan haiwan peliharaan

Iran kawal pemilikan haiwan peliharaan

SEORANG wanita Iran membawa anjingnya berjalan-jalan di tempat awam di ibu negara Teheran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Polis di Iran menegaskan tindakan individu membawa haiwan peliharaan, terutamanya anjing mereka berjalan-jalan disekitar taman di bandar akan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.

Malah, polis memberi amaran tindakan itu juga akan menyebabkan penahanan dan rampasan haiwan berkenaan yang dilihat mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan di negara itu.

Lapor BBC, larangan itu didakwa dikenakan untuk menjaga keselamatan penduduk setempat.

Pada masa sama, Parlimen Iran juga dilaporkan bakal meluluskan Rang Undang-Undang mengenai Perlindungan Hak Rakyat Terhadap Haiwan.

Rang undang-undang itu mencetuskan perdebatan sejak beberapa bulan lalu berikutan ia mengehadkan pemilikan haiwan peliharaan secara menyeluruh.

Di bawah peruntukan rang undang-undang tersebut, pemilikan haiwan akan dikawal selia berdasarkan permit yang dikeluarkan oleh jawatankuasa khas.

Rang undang-undang itu turut memperuntukkan denda minimum sekitar AS$800 (RM3,559) bagi `mengimport, membeli dan menjual, pengangkutan dan pemeliharaan pelbagai jenis haiwan termasuk haiwan peliharaan biasa seperti kucing, penyu dan arnab.

Sementara itu, Presiden Persatuan Veterinar Iran, Dr. Payam Mohebi berkata, perdebatan mengenai rang undang-undang itu sudah berlaku sejak lebih sedekad lalu.

“Perdebatan itu berlaku ketika beberapa ahli Parlimen mencadangkan rang undang-undang untuk merampas semua anjing peliharaan dan menghantarkannya ke zoo atau meninggalkan di padang pasir.

“Selama bertahun-tahun, mereka mengubah rang undang-undang ini beberapa kali malah membincangkan hukuman berat bagi pemilik anjing, namun rancangan mereka gagal,” katanya yang menentang rang undang-undang itu.

Memelihara anjing merupakan perkara biasa di kawasan luar bandar Iran, malah haiwan peliharaan itu menjadi simbol kehidupan bandar pada abad ke-20.

Iran juga menjadi antara negara pertama di Asia Barat yang meluluskan undang-undang kebajikan haiwan pada 1948.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya