Hartawan Qatar diperdaya beli karya seni palsu 4.2 juta pound

Hartawan Qatar diperdaya beli karya seni palsu 4.2 juta pound

SHEIKH Hamad Bin Abdullah Al Thani ketika bertemu dengan Ratu Elizabeth. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang penjual karya seni disaman atas dakwaan menipu sepupu Emir Qatar dengan menjual beberapa patung purba ‘palsu’ pada harga 4.2 juta pound (RM22.42 juta).

Lapor Daily Mail, John Eskenazi dituduh memperdaya pengumpul karya seni, Sheikh Hamad Bin Abdullah Al Thani dengan koleksi seni kuno yang palsu.

Menurut Sheikh Hamad, beliau sudah membayar harga yang tinggi bagi tujuh buah arca termasuk kepala patung dewa Dionysus dan dewi Hara Hara yang bernilai 2.2 juta pound (RM11.74 juta).

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa patung terbabit berasal antara 1,400 dan 2,000 tahun lalu sebelum ditemukan ahli arkeologi setelah berada di dalam gua selama beberapa abad.

Bagaimanapun, Sheikh Hamad kemudian menuntut Eskenazi mengambil semula patung berkenaan dan membuat bayaran balik setelah mendapati ia bukan asli.

Dalam sesi pendengaran, Mahkamah Tinggi London dimaklumkan Sheikh Hamad sudah menghantar karya terbabit untuk dinilai selepas membuat pembelian berikutan berasa curiga.

Beberapa pakar menemukan bukti patung berkenaan adalah palsu dengan bahan moden termasuk cebisan plastik terkandung dalam salah sebuah arca, kepala patung tanah liat.

Beliau juga mendakwa keadaan pemeliharaan patung itu terlalu baik sehingga tidak dapat membezakan usia sebenar sepertimana diperkatakan.

Sementara itu, Eskenazi pula menegaskan kesemua arca tersebut adalah asli dan menafikan dakwaan berlakunya salah laku.

Lelaki itu merupakan penjual karya seni India, Gandharan, Himalaya dan Asia Tenggara yang terbaik dunia.

Eskenazi dan syarikatnya kini disaman oleh Sheikh Hamad serta syarikat milik keluarganya atas dakwaan artifak itu merupakan `kerja pemalsuan moden’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya