BANGKOK: Rakyat Thailand menarik nafas lega selepas harga minyak masak kelapa sawit botol seliter menyaksikan penurunan dari 69-70 baht (RM8.40-8.50) ke 64-65 baht (RM7.75-RM7.90) per botol.
Pengarah Urusan Jabatan Perdagangan Antarabangsa Thailand, Udom Srisomsong berkata, harga yang diletakkan perlu mencerminkan kos pengeluaran sebenar walaupun harga mungkin berbeza mengikut kedai.
Katanya, terdapat juga rungutan mengenai harga minyak sawit botol itu sepatutnya turun antara 42-43 baht (RM5.10-RM5.20).
Beliau turut memberi jaminan bekalan yang mencukupi bagi memenuhi permintaan penduduk.
Minyak sawit adalah antara 51 barangan yang dikawal harga oleh Jabatan Perdagangan Dalam Negeri.
Harga minyak sawit menjadi lebih mahal di kebanyakan negara selepas berlaku kekurangan bekalan minyak sawit di Indonesia sejak operasi ketenteraan khas Russia di Ukraine yang menjejaskan bekalan minyak di negara itu.
Indonesia merupakan pengeksport minyak sawit terbesar di dunia.
Minyak sawit juga banyak ditanam di kawasan tropika dan setakat ini merupakan minyak bagi kegunaan masakan yang paling banyak digunakan serta diperdagangkan di dunia.
Hampir 50 peratus produk dihasilkan melibatkan penggunaan minyak sawit selepas produk tersebut dijual di seluruh kedai di Asia.
Krisis minyak sawit menyebabkan harga produk tersebut melambung tinggi sehingga memberi kesan kepada harga minyak sayuran lain termasuk minyak kacang soya dan bunga matahari.