LAMPUNG: Gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Kota Lampung Selatan, Selat Sunda meletus lagi selama tiga hari berturut-turut.
Berdasarkan data Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral, gunung berapi itu meletus sekali, pada Jumaat.
Gunung berapi itu mengeluarkan abu panas dengan ketinggian mencecah 2,000 meter dari puncak.
Sebelum ini, gunung berapi itu meletus 1 Jun lalu, dengan ketinggian debu panas 500 meter dari puncak.
Analisis Klimatologi menunjukkan cuaca di gunung itu dan persekitarannya masih mendung serta angin ke arah timur lemah.
Suhu udara pula sekitar 26 hingga 28 darjah Celcius dengan kelembapan 50 hingga 59 peratus.-KOMPAS