Egianus Kogoya dalang serangan maut di Papua

Egianus Kogoya dalang serangan maut di Papua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPUA: Kumpulan Penjenayah Bersenjata yang diketuai Egianus Kogoya dipercayai melancarkan serangan di Kampung Nogoliat, Kenyam, wilayah Papua, pagi tadi.

Pengarah Siasatan Jenayah Polis Papua, Faizal Rahmadani berkata, pihaknya sangat yakin serangan didalangi oleh penjenayah terbabit.

Jelasnya, pihaknya sudah menghantar sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.

“Jarak lokasi kejadian tidak terlalu jauh, tetapi daerahnya agak terpinggir.

“Sebahagian mangsa maut akibat terkena tembakan dan sebahagian lain mengalami kecederaan akibat serangan senjata tajam.

“Salah seorang mangsa maut adalah paderi bernama Eliaser Baner,” katanya lapor Tribunnews.

Seramai 10 penduduk kampung tersebut maut akibat ditembak oleh puak pemisah.

Serangan itu disifatkan paling serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Serangan itu berlaku hanya beberapa hari selepas protes mengenai undang-undang yang bakal menyaksikan wilayah Papua dibahagikan daripada dua kepada lima daerah, dengan penambahan Papua Selatan, Papua Tengah dan Tanah Tinggi Papua.

Kerajaan Indonesia memaklumkan daerah pentadbiran baharu itu bakal mempercepatkan pembangunan, meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor awam kepada penduduk Papua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya