Dipaksa laukan seks luar tabii dengan kucing, kanak-kanak

Dipaksa lakukan seks luar tabii dengan kucing, kanak-kanak meninggal dunia akibat kemurungan

MANGSA mengalami sakit tenat seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut akibat kemurungan selepas dipaksa rakan-rakannya melakukan seks luar tabii dengan kucing.

Lebih menyayat hati, aksi mengaibkan itu turut dirakamkan dengan telefon pintar sebelum disebarkan dalam media sosial.

Disebabkan kejadian itu, mangsa mengalami kemurungan melampau sehingga tidak mahu makan dan minum.

Kisah tragis itu melukakan hati ibu bapa mangsa yang dikenali sebagai Ad, 41 dan Ti, 39.

Ti berkata, anak lelakinya mengalami kesakitan serius seminggu sebelum meninggal dunia.

“Anak saya mengadu sakit tekak sehingga tidak mahu makan dan minum. Dia kerap mengelamun akibat kemurungan.

“Saya tak sangka dia menjadi mangsa buli kerana dia hanya cakap sakit tekak sahaja. Kami bawa dia ke hospital, namun akhirnya dia pergi buat selama-lamanya,” katanya lapor CNN Indonesia.

Menurut Ti, dia sempat melihat video anaknya dibuli dan meminta penjelasan kenapa dia sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut kepada kucing.

“Anak saya jawab dirinya dipaksa dan sering dipukul oleh rakan-rakannya.

“Anak saya selalu bermain jauh dari rumah dan saya sukar hendak memantau kerana mempunyai empat anak. Hati saya hancur melihat video itu,” luahnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Tasikmalaya, Ato Rinanto berkata, kejadian buli itu disedari selepas rakaman video tersebar dalam media sosial.

Jelasnya, video itu jelas menunjukkan mangsa dipaksa melakukan seks dengan kucing oleh beberapa individu lain di sekelilingnya.

“Kemurungan adalah faktor kematian kanak-kanak tersebut. Kita dapati mangsa dipaksa dan diugut oleh kawan-kawan yang lain.

“Kita juga memberikan bantuan sokongan psikologi kepada ahli keluarga mangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya