Debat Sunak-Truss terhenti kerana moderator pengsan          - Utusan Malaysia

Debat Sunak-Truss terhenti kerana moderator pengsan         

PROGRAM debat menampilkan Rishi Sunak, Kate McCann dan Liz Truss yang disiarkan di Talk TV - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Program debat antara Rishi Sunak dan Liz Truss terpaksa dihentikan selepas moderator tiba-tiba pengsan ketika rancangan itu sedang bersiaran langsung di televisyen.

Lapor Al Jazeera, dua pemimpin itu merupakan calon terakhir dari parti Konservatif yang merebut jawatan Perdana Menteri Britain. 

Ketika kejadian, Sunak dan Truss sedang berdebat di saluran Talk TV sebelum terdengar bunyi dentuman kuat sehingga menghentikan program tersebut.               

“Kamera menghadap pada Truss yang tersentak dan berkata `Ya Tuhanku’ sebelum siaran ditamatkan,” jelas laporan itu.

Sementara itu, Talk TV  menerusi kenyataan mengesahkan moderator, Kate McCann `pengsan ketika dalam program siaran langsung’.

Jelas stesen televisyen itu, McCann dalam keadaan baik namun pakar perubatan menasihatkannya untuk berehat dan tidak meneruskan program itu.

Seorang pengacara Talk TV , Ian Collins kemudian menggantikan tempat McCann dengan menjadi moderator program itu.         

Menurut Collins, kedua calon itu meneruskan sesi soal jawab di hadapan kumpulan kecil hadirin pada program debat itu tanpa disiarkan di televisyen.

Program debat itu ditaja oleh tabloid The Sun dan Talk TV  yang dimiliki oleh Rupert Murdoch. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya