Coklat gelap turunkan tekanan darah, sihatkan jantung

Coklat gelap turunkan tekanan darah, sihatkan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan saintis mendedahkan flavanol yang terdapat dalam koko, boleh menyihatkan jantung dengan menurunkan tekanan darah.

Flavanol merupakan antioksidan yang mampu meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Memetik laporan Daily Mail, kandungan flavanol mengekalkan keanjalan dinding saluran darah sekaligus melancarkan aliran darah ke seluruh badan dengan lebih mudah.

Coklat susu mungkin bukan idea yang baik kerana ia mengandungi kandungan gula tinggi dan hanya mempunyai kira-kira 25 peratus koko.

Namun, coklat gelap (dark chocolate) pula antara terbaik kerana mempunyai kekuatan sehingga 90 peratus.

Kajian dijalankan oleh Universiti Surrey mendapati individu yang mengambil suplemen koko mempunyai tekanan darah lebih rendah dan saluran darah yang tegang dalam tempoh tiga jam.

Pil suplemen itu mempunyai flavanol sebanyak kira-kira setengah kilogram coklat gelap yang biasanya dijual dalam 100 gram coklat.

Menurut ketua penyelidik, Profesor Christian Heiss, impak positif kandungan flavanol dalam koko terhadap sistem kardiovaskular, sememangnya tidak dapat dinafikan.

Katanya, walaupun kajian dijalankan itu menggunakan banyak flavanol, coklat gelap masih mempunyai jumlah yang ketara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya