Buat jalan guna tar dengan bauan strawberi

Buat jalan guna tar dengan bauan strawberi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sebuah syarikat di wilayah Leningrad baru-baru ini menghasilkan bancuhan tar dengan bauan buah strawberi bagi mengurangkan bauan yang kurang menyenangkan ketika proses membuat jalan dilakukan.

Bauan tar ketika jalan dibuat atau dibaiki disifatkan sebagai bau paling tidak menyenangkan di dunia, terutamanya kepada pengguna jalan raya.

Agensi berita Interfax melaporkan, syarikat tersebut menghasilkan jalan sepanjang 700 meter menggunakan tar dengan bauan strawberi.

“Idea tersebut dicetuskan oleh kontraktor di syarikat berkenaan kerana ramai orang tidak menyukai bau tar ketika bahan itu panas, terutamanya semasa proses menghasilkan atau membaiki jalan.

“Jalan itu yang terletak di daerah Vsevolozhsk merupakan sebahagian daripada projek Jalan Kualiti dan Keselamatan Tinggi yang dilaksanakan Russia,” menurut laporan tersebut.

Proses penghasilan jalan itu menyaksikan kira-kira 300 tan tar dengan bauan strawberi dibancuh.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa lama bauan tersebut bertahan dan kontraktor yang melakukan projek itu memberitahu, bauan tersebut tidak menjejaskan bancuhan tar berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya