Britain mungkin bergelap untuk jimat elektrik

Britain mungkin bergelap untuk jimat elektrik

BANGUNAN Zeughaus di Berlin bergelap selepas Jerman melakukan penjimatan elektrik berikutan kenaikan kos tenaga. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain mungkin mengikut jejak langkah Jerman untuk menutup penggunaan air panas dan sistem pemanas di bangunan awam, selain tidak memasang lampu pada monumen di waktu malam bagi mengurangkan kos tenaga.

Berlin sebelum ini menutup lampu pada 200 monumen bersejarah dan bangunan perbandaran bagi menjimatkan elektrik.

Selain itu, Berlin juga menutup penggunaan air panas di bangunan awam, kolam renang dan gim serta sistem pemanas dan hanya boleh digunakan dari Oktober hingga Mac berikutan musim sejuk.

Dalam pada itu, penganalisis tenaga, Robert Buckley berkata, margin penjimatan di Britain mungkin sedikit berbeza dengan Jerman.

Katanya, langkah seperti Berlin mungkin menjimatkan kos tenaga, namun mencipta krisis lain seperti menjejaskan sektor perniagaan.

“Kita akan menghadapi situasi di mana harga tenaga mungkin meningkat sehingga tujuh kali ganda berbanding sebelum ini dan menyaksikan perniagaan tidak mampu lagi beroperasi.

“Saya berpandangan, Jerman sudah memikirkan hal ini (krisis dalam sektor perniagaan) dan disebabkan itu mereka mengambil langkah berkenaan,” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Kerajaan Britain sebelum ini mengumumkan pakej sokongan kos sara hidup dengan isi rumah bakal mendapat potongan lebih 60 pound (RM325) dalam bil tenaga setiap bulan sepanjang musim sejuk.

Peruntukan itu akan disalurkan secara ansuran dalam tempoh enam bulan kepada kira-kira 29 juta isi rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya