Bola getah selamatkan pelancong hanyut 18 jam - Utusan Malaysia

Bola getah selamatkan pelancong hanyut 18 jam

IVAN (kanan) menunjukkan bola getah yang menyelamatkan nyawanya semasa hanyut di lautan di Greece.-NEWSFLASH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Seorang pelancong terselamat daripada lemas di lautan apabila berpaut pada bola getah kanak-kanak yang kebetulan terapung ke arahnya di pantai Myti Beach di Kassandra, Greece.

Kisah ajaib itu persis adegan dalam filem Cast Away yang dibintangi oleh Tom Hanks, lapor Metro.

Lelaki yang dikenali sebagai Ivan, 30, dihanyutkan ombak besar sehingga ke tengah laut, sebelum pihak berkuasa mengumumkan dia hilang.

Pelancong yang berasal dari Macedonia itu berpaut pada bola bagi membantunya terapung sehingga penyelamat menemukannya 18 jam kemudian.

Ivan menyifatkan bola itu sebagai penyelamat yang membantu dirinya terus hidup, walaupun bola tersebut hanya terapung separuh di permukaan air.

Dalam masa sama, seorang wanita yang menonton berita mengenai insiden itu masih mengingati bola tersebut adalah milik anak lelakinya 10 hari sebelum Ivan diselamatkan.

“Ketika itu anak saya Tryphon, 11 dan Thanos, 6 sedang bermain bola kegemaran mereka di Evgatis Beach di kepulauan Lembos, 30 Jun lalu.

“Tiba-tiba bola itu terlepas ke dalam air dan arus laut menghanyutkannya sejauh 128 kilometer dari pantai,” katanya.

Bagaimanapun, Ivan memaklumkan, rakannya, Martin Jovanovski yang turut hilang bersamanya masih belum ditemukan.

Kisah menakjubkan itu mendapat liputan meluas oleh media tempatan.

Sekeping gambar lelaki itu bersama ayahnya dan Datuk Bandar Kassandra, Anastasia Chalkia dikongsikan secara meluas dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya