Berang isteri minta cerai, bapa simbah asid pada anak - Utusan Malaysia

Berang isteri minta cerai, bapa simbah asid pada anak

KANAK-KANAK berusia dua tahun (kiri) yang melecur di bahagian kelopak mata dan telinga akibat disimbah asid oleh bapanya (kanan) di Bekasi.-KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Seorang bapa tergamak menyimbah asid terhadap anak sendiri berusia dua tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kesukaran untuk menutup mata.

Lapor Kompas.com, Pemangku Ketua Hospital Cibitung, Dr. Lilah Muflihah berkata, mata kanak-kanak tersebut tetap terbuka ketika dia sedang tidur dan perlu menjalani pembedahan plastik di bahagian kulit kelopak mata.

Jelasnya, pembedahan perlu dijalankan bagi mengeluarkan luka terbakar yang sudah mengering selepas mangsa menjalani rawatan intensif selama dua minggu.

“Kanak-kanak itu menjalani pembedahan plastik kali kedua sejak pembedahan pertama Selasa lalu.

“Mangsa juga perlu menjalani pembedahan plastik pada bahagian telinganya,” katanya.

Kejadian tersebut berlaku ketika suspek, Rezy Saputra, 26, menyimbah asid terhadap ibu mentuanya, Siti Hartini, 57, isterinya, Siti Hardiyanti, 25 serta anaknya ketika kesemua mangsa sedang tidur.

Kesemua mangsa mengalami kecederaan dengan kesan luka terbakar akibat simbahan asid di sebuah rumah di Desa Sukarukun, Bekasi.

Rezy mengambil tindakan tersebut kerana sakit hati dengan isterinya yang meminta cerai.

Difahamkan, keretakan hubungan rumah tangga pasangan muda ini juga disebabkan faktor kewangan.

Lelaki itu malah tidak mempunyai sebarang pekerjaan sehingga membuatkan isterinya marah kerana tidak diberikan nafkah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya