Bayi empat bulan maut dicampak monyet liar di India

Bayi empat bulan maut dicampak monyet liar di India

INSIDEN itu berlaku di perkampungan Dunka, berhampiran Bareilly di Uttar Pradesh, utara India. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekumpulan monyet liar didakwa melarikan bayi berusia empat bulan daripada dakapan ibu bapanya dan mencampakkannya sehingga mati.

Lapor Daily Mail, insiden ngeri itu berlaku di perkampungan Dunka, berhampiran Bareilly di Uttar Pradesh, utara India pada minggu lalu.

Ketika kejadian, Nirdesh Upadhyay berdiri di laman di tingkat tiga rumah teres bersama isteri dan anak lelakinya.

“Mereka sedang berehat sambil menikmati suasana petang di atas laman apabila sekumpulan monyet liar memanjat bumbung dan menyerang keluarga itu.

“Usaha menghalau monyet berkenaan gagal dan mereka lari ke arah tangga untuk melarikan diri, namun Nirdesh yang mendukung anaknya, tersandung menyebabkan bayinya terjatuh.

“Sebelum mereka sempat menyelamatkan anaknya, seekor monyet memegang bayi itu lalu mencampakkannya dari bumbung rumah berkenaan,” jelas laporan itu.

Tambahnya, Nirdesh dan isterinya berjaya masuk semula ke dalam rumah dan bergegas ke tingkat bawah untuk membantu anaknya namun bayi itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian itu kini disiasat oleh pihak berkuasa dan pasukan penyiasat di balai polis Shahi.

Ketua Konservasi bandar Bareilly, Lalit Verma berkata, pasukannya dikerahkan untuk menjalankan siasatan mengenai penglibatan haiwan liar itu dalam kes kematian kanak-kanak.

Populasi monyet di Uttar Pradesh semakin meningkat sehingga banyak yang berkeliaran bebas di sekitar bandar di negeri tersebut.

Malah, terdapat banyak kes serangan monyet dilaporkan di India terutamanya terhadap kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya