Arab Saudi cipta sejarah, penerbangan dikendali anak kapal wanita

Arab Saudi cipta sejarah, penerbangan dikendali anak kapal wanita

BARISAN anak kapal yang terdiri dari semua wanita mencatatkan sejarah penerbangan di Arab Saudi.-FLYADEAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAB SAUDI merupakan antara negara yang mengasingkan jantina lelaki dan perempuan dalam banyak sektor pekerjaan.

Disebabkan itu, syarikat penerbangan tambang murah, Flyadeal mencipta sejarah apabila kesemua anak kapalnya terdiri daripada golongan wanita.   

Baik juruterbang mahupun pramugari, pesawat yang melakukan penerbangan domestik itu membuktikan wanita mampu mengendalikan sepenuhnya operasi sebuah kapal terbang. 

Pesawat A320 yang melakukan penerbangan dari Riyadh ke Jeddah disertai tujuh anak kapal yang dikendalikan oleh Yara Jan, 23. 

Yara merupakan juruterbang wanita termuda Arab Saudi dan dia berasa sangat bangga dapat mengambil bahagian dalam detik bersejarah penerbangan bagi wanita Arab Saudi.

“Sebagai seorang wanita Saudi saya sangat bangga dapat mengemudi penerbangan ini. Ia adalah detik kebanggaan dan kegembiraan buat saya.

“Walaupun saya baru menjadi juruterbang wanita di negara ini, tidak mustahil kita akan melahirkan lebih ramai juruterbang wanita pada masa akan datang.

“Sokongan yang diterima dari negara dan pemimpin yang dihormati banyak membantu saya menjadi juruterbang wanita termuda di Saudi. Saya akan sentiasa bersyukur diberi peluang membuat perubahan positif ini,” katanya.

Yara mendapat kelulusan dari sekolah penerbangan di Florida, Amerika Syarikat, pada 2019 dan menyertai Flyadeal, tahun lalu.

Flyadeal adalah syarikat penerbangan tambang rendah Arab Saudi yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah. 

Syarikat penerbangan itu mula beroperasi sejak September 2017 yang melakukan penerbangan di 11 destinasi domestik. 

Antara lokasi tersebut adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd, Dammam; Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh; Lapangan Terbang Tabuk dan Lapangan Terbang Taif.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya