Aiskrim vanila Haagen-Dazs mengandungi racun perosak - Utusan Malaysia

Aiskrim vanila Haagen-Dazs mengandungi racun perosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan dua produk aiskrim vanila Häagen-Dazs ditarik balik disebabkan kewujudan ethylene oksida, iaitu racun perosak yang tidak disahkan untuk digunakan dalam makanan.

Produk-produk terjejas itu datang dari Perancis.

Lapor Berita Mediacorp, produk pertama adalah Häagen-Dazs Vanilla Pint dengan tarikh baik sebelum 4 Julai 2022 hingga 21 Julai 2023.

Yang kedua ialah Häagen-Dazs Vanilla Classic Collection Mini Cups dengan tarikh baik sebelum 4 Julai 2022 hingga 21 Julai 2023.

Langkah oleh SFA itu susulan usaha penarikan balik yang dikeluarkan oleh Piawaian Makanan Australia New Zealand (FSANZ) atas sebab yang sama.

“Meskipun tiada risiko segera kepada pengambilan makanan yang tercermar dengan paras rendah ethylene oksida, pendedahan jangka panjang boleh menyebabkan isu kesihatan.

“Oleh itu, pendedahan kepada bahan ini harus dikurangkan sebanyak mungkin,” menurut SFA.

Pengimportnya, Frosts Food & Beverage, diarahkan supaya menarik balik produk-produk tersebut, menurut SFA, sambil menambah usaha menarik balik produk itu sedang dijalankan.

Para pengguna yang membeli produk-produk terjejas juga dinasihatkan supaya tidak memakannya.

Agensi tersebut menasihatkan mereka yang memakan produk terjejas itu dan mempunyai keprihatinan tentang kesihatan mereka supaya mendapatkan nasihat perubatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN